Thursday, 21 March 2019

Pakaian Tradisional kaum di Malaysia

Kami akan kongsikan beberapa pakaian Tradisional kaum di Malaysia:

Terima kasih kerana melayari blog kami!


  1. KAUM MELAYU
-Baju Kurung (wanita)

  Diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh,kadangkala ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.Baju Kurung sesuai untuk dipakai di majlis keraian seperti majlis kahwin mahupun ketika menyambut sambutan Hari Raya setiap tahun.

-Baju Melayu (lelaki)

 Pakaian lelaki melayu yang terdiri daripada 2 jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang.Baju ini sesuai untuk dipakai di majlis rasmi,majlis keraian mahupun menyambut perayaan Hari Raya setiap tahun.Baju melayu turut dipakai oleh kaum lelaki sewaktu majlis perkahwinan.








 2. KAUM CINA

-Cheongsam (wanita)

  Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan cina.
  Pakaian ini selalunya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa tahun baru cina.

-Samfu (lelaki)

 Samfu bermaksud 'baju dan seluar'.Samfu merupakan pakaian tradisional cina yang dipakai oleh lelaki.Pakaian ini mempunyai baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipadankan dengan seluar longgar.








3.KAUM INDIA

- Sari (wanita)

  Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India . Pakaian ini kadang kala dipakai seharian , malah turut dipakai pada musim perayaan kaum India iaitu Deepavali. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis corak dan warna kain yang kelihatan indah dipakai oleh kaum wanita India.

-Kurta Dan Dhoti (lelaki)
  
 Kurta merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas. Kurta turut dipakai bersama seluar longgar atau seluar churidar. Kurta kebanyakannya dipakai sewaktu majlis majlis rasmi. Dhoti pull ialah pakaian yang diperbuat daripada kain warna putih. Kebanyakannya Dhoti hanya dilihat pada hari perkahwinan. Kurta boleh dipakai bersama Dhoti .















4.KAUM KADAZAN
  
   Kaum lelakinya memakai baju gaung,seluar souva , bengkung toogot , Dan pakaian kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga , kain labuh tapi Dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.